Saturday, December 27, 2008

Jatuh terlentang vs. Bom-bom Yahudi

Salam...
Pagi yang panic... Semasa umi & abati terlelap, entah macam mana Auni Insyirah yang baru pandai merangkak secara reverse terjatuh dari katil secara terlentang... Umi & abati cemas teramat terus bersiap bawa Auni Insyirah ke Hospital Putra jumpa pakar kanak-kanak. Abati dah suggest pada umi untuk terus masuk emergency, tapi kami akhirnya decide berjumpa paedatrician terlebih dahulu..
Dr Zainal (satu-satunya pakar kanak-kanak Muslim di hospital-hospital swasta yang ada di Melaka), berdialog dengan kami
"Berapa ketinggian katil?"
"Ada muntah selepas jatuh?"
"Bagaimana cara jatuh?"
"Bahagian mana yang terkena?"
Sambil Dr Zainal membelek Auni Insyirah yang menangis-nangis kerana sakit.
"Tak de pape.. tulang rusuk ok, tangan ok, kaki ok, kepala tak de bengkak"

Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan anak umi dari sebarang mudharat...
Resolusi umi & abati..
We might want to dismantle our bed & sleep on matress only.. Hehe..
To find a play pan so that if Auni is needed to be left alone for a while, at least she is better secured.. Insya Allah..

Tetiba, mataku ternampak berita di bawah dari internet. Terasa alangkah beruntungnya anakku.. Sedikit terlentang, bergegas dapat berjumpa doktor pakar..
Tapi sanak saudaranya di Palestin.. dengan shortage of medicine, lack of water & electricity, lack of medical equipment.. Pelbagai lapisan umur dengan pelbagai penyakit kronik "diseksa" secara professional oleh Yahudi laknatullahi 'alaih. Yahudi menyekat sempadan.. Yahudi memusnahkan basic amenities.. Yahudi sanggup buat apa sahaja dengan harapan rakyat Palestin berpaling tadah dari kerajaan Hamas yang telah banyak mendidik rakyat Palestin untuk berjihad melawan penjajah.
Pada saat ini... telah menunjukkan bibit-bibit kekalahan Yahudi dengan mana kita melihat tiada bendera putih dikibar oleh pihak Palestin walaupun mereka dilontar dengan peluru berpandu dan pelbagai senjata canggih.
Bak firman Allah.. mereka suatu masa nanti akan kalah... Tapi... ummat ini tidak boleh berdiap diri..

Wahai muslimin muslimat seluruh dunia...
Kalau masih buta.. simbahlah wajahmu dengan air.. Moga celik dan segar akan permasalahan ummat ini..
Kalau masih pekak.. koreklah telinga yang agar kamu dapat mendengar penderitaan dan kehinaan yang musuh Islam lakukan ke atas ummat ini..
Kalau masih bisu... hulurkan lidahmu.. sekurang-kurangnya sebagai tanda mengejek kebengisan musuh-musuh Allah...
Setiap dari kita, ada peranan yang boleh dimainkan...
Jangan jadi orang yang buta, pekak dan bisu

Allahua'lam


GAZA CITY, Gaza Strip – Israeli warplanes demolished dozens of Hamas security compounds across Gaza on Saturday in unprecedented waves of simultaneous attacks, and Hamas and medics reported dozens of people were killed.
The strikes caused widespread panic and confusion as black smoke rose above Gaza. Health Ministry official Moawiya Hassanain said at least 120 people were killed and more than 250 wounded. Officials said others were still buried under the rubble.
In one of the Hamas compounds, the bodies of more than a dozen uniformed security officers were seen lying on the ground. One survivor raised his index finger in a show of Muslim faith, uttering a prayer. Among the dead was the Gaza police chief, Maj. Gen. Tawfiq Jaber, witnesses said.
Hamas leaders threatened revenge attacks, Israel told its civilians near Gaza to take cover and moderate Palestinian President Mahmoud Abbas called for restraint. Egypt opened its border with Gaza to allow ambulances to drive out some of the wounded.
Hamas officials said all of Gaza's security compounds were destroyed. Israel Army Radio said at least 40 targets were hit.
Israel's military confirmed it carried out a series of air strikes on Hamas installations but did not provide details. Israel has warned in recent days it would strike back hard against continued rocket fire from Gaza on Israeli border towns.
"We'll do what we have to do," army spokesman Avi Benayahu said.

3 comments:

khadija said...

Ah..aku begitu senang di sini...makan pakai semua cukup...tp saudaraku di sana betapa beratnya penderitaan mereka...makanan tiada...elektrik tiada...ubat tiada...apatah lagi nak pegi sekolah dan sebagainya...tak seperti kami di sini...aku terkenang anakku di rumah..mainan penuh merata2...susu xpernah tiada...pakaian cantik...cukup segalanya...
Cuba bandingkan dgn sahabatnya di palestin..di gaza...yg cedera kena bom..yang tak dapat minum susu...yang kurus kering....yang tiada ayah atau ibu...Ya Allah..bantulah mereka di gaza....kuatkanlah semangat saudaraku di sana....

mujaheedah said...

Kadang-kadang elok kita asingkan tidur anak dengan ibu bapa, walaupun berusia belum cukup setahun.
Banyak manfaat dan kebaikan selain ini adalah daripada Ajaran Agama kita :)

Semoga ummu insyirah dan keluarga sentiasa diberkati ALLAH, atas usaha sentiasa menjunjung ISLAM, dan sikap PEDULI pada saudara kita di Palestin.

tmc said...

deep.

jazakillah khair akak.