Monday, October 27, 2008

Kurangkan sifat suka meminta

Saya pernah mendengar satu tazkirah in-formal daripada seseorang, mengenai satu sikap iaitu "suka meminta".
Ada beberapa point yang menarik yang ingin saya kongsi, terutama dalam kehidupan sebagai orang yang dilihat faham islam.
Pada pendapat saya, sekiranya kita meminta sesuatu yang yang membawa maslahah umum, adalah tidak mengapa. Tetapi sekiranya kita terlalu banyak meminta sesuatu yang berbentuk peribadi, adalah kurang elok saya kirakan. Lainlah sekiranya meminta sesuatu untuk keperluan dakwah.

Sekiranya kita berada di pihak yang meminta, ada beberapa guidelines yang saya rasakan berguna..
1. Kurangkan meminta benda-benda yang berbentuk peribadi (contoh: kita boleh beli tudung baru, baju baru, mainan anak2 yang baru, tapi perkakasan rumah kita terpaksa meminta orang lain. Benda2 yang asas kita perlu miliki terlebih dahulu agar tidak menyusahkan orang lain)
2. Intonasi meminta jangan mendesak apabila memerlukan sesuatu daripada orang, kerana sekiranya seseorang yang diminta itu tidak mampu, akan menimbulkan rasa bersalah ataupun rasa kurang senang.
3. Sekiranya meminta sesuatu yang berbentuk kuantitatif, do not state the amount, sebaliknya katakanlah "apa yang anda termampu", kerana khuatir jumlah yang diminta melebihi kemampuan seseorang (kemampuan fizikal dan batinnya).
4. Meminta dengan penuh beradab. Jangan meminta melalui orang perantaraan sebaliknya minta sendiri.

Begitu juga sekiranya kita berada di pihak yang diminta menyumbangkan sesuatu, ada juga guidelines nya..
1. Fitrah manusia, memang menyayangi barang kepunyaan sendiri. Cuba untuk berlapang dada dan fikirkan anda memberi bukan kerana orang yang meminta, tetapi kerana Allah.
2. Fikirkan apa yang Allah akan gantikan di syurga itu adalah lebih baik.
3. Beri yang terbaik yang kita miliki.
4. Kalau dalam Surah Al Baqarah, Allah sebut, jangan mengungkit pemberian kita kepada orang lain sehingga menyakiti si penerima.

Apa2 pun, dalam islam, tangan yang memberi adalah sentiasa lebih baik daripada tangan yang menerima. Konsep ini juga mengajar agar kita kurang bergantung kepada orang lain, tetapi sentiasa berusaha untuk memenuhi urusan sendiri, terutama urusan peribadi.

Isu meminta dan diminta ini kadang dapat menggambarkan adakah kita memenuhi ciri-ciri muwasafat ini:
1. BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN - apabila kita memiliki kelebihan, kita akan sentiasa dapat memberi manfaat kepada yang lebih memerlukan
2. TERSUSUN URUSAN - adakah kita menyusun urusan kita, sehingga kita kurang perlu bergantung kepada orang lain?
3. MAMPU BERDIKARI - adakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh atau sekadar mengambil jalan mudah melalui cara meminta?

Memang benar, di keliling kita terdapat ramai akhawat yang baik hati yang bersedia sepantas kilat menghulurkan bantuan. Dan memang benar, membantu saudara yang kesusahan itu adalah satu tuntutan ke atas seorang muslim. Tapi isunya, apakah sikap kita?
Sekiranya kita orang yang suka meminta: Adakah kita suka mengambil kesempatan lantaran kebaikan hati mereka, atau kita memang benar2 memerlukan?
Sekiranya kita orang yang diminta: Adakah kita sentiasa bersedia melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja? Adakah kita meyayangi dunia berbanding akhirat?

Kesimpulannya isu ini ada beberapa pros and cons:

Pros:
1. Melahirkan sikap ithaar/ mementingkan orang lain
2. Melahirkan sikap prihatin

Cons:
1. Kadangkala boleh jadi agak membebankan orang yang diminta tanpa diketahui
2. Menjadikan orang yang suka meminta tidak bersikap berdikari dan kurang berusaha


Allahua'lam. :-)

3 comments:

nurul farhana yanti said...

for ummu insyirah...still remember farhana yanti? hehe ana ckup rndu and msih teringat2 lagi jaulah di cameron huhu....kim salam pada anak ukhti yg comel...ana masih cbuk membuat prgram tarbiyah buat adik2 di cni

Ummu Insyirah said...

salam :-) masih ingat lagi farhana yanti.. kawan khairiah tu kan..? ahlan ke melaka.. moga dapat kongsi ilmu dan tarbiyah di sini..

hasmah said...

jzkk atas tazkirah yg bermanfaat. mmg penah lalui semua itu. harap boleh lalui dgn lebih baik, iA =)