Tuesday, November 4, 2008

Hani melangkah pulang ke rumah, tidak tahu sama ada langkahnya longlai atau lonjak gembira. Dia telah mendapat satu khabar berita yang dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia bertindakbalas.

Satu sudut di hatinya berasa sangat bersyukur kepada Allah, satu sudut lagi berdegup kencang kerisauan.



"Awak sibuk ke Huda?" Hani bertanya kepada teman serumahnya sepulangnya di rumah. Dia melihat Huda meniarap sambil buku-buku bergelimpangan di sekelilingnya.

"Tengah buat assignment je.. Hehe.. Kenapa?" Huda tersengih. Hani kenal benar dengan Huda. Huda memang seorang yang periang dan selamba, dalam masa yang sama dia mampu untuk membuat pemerhatian yang tajam."Guts feeling" Hani merasakan bahawa Huda adalah orang yang paling sesuai untuk dia meluahkan isi hatinya.

"Hmm, saya baru dapat satu khabar berita dari Kak Seri..." Hani teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

"Biar saya teka, ada ikhwah "tanya" pasal awak ke?" Huda sengih semakin panjang. Dia meneka-neka kerana topik perkahwinan menjadi perbualan hangat dan lawak-lawak sampingan semasa ceramah program dakwah di kawasan mereka.

Hani mengerut dahinya, sambil bibirnya tersenyum sedikit. "Hmm.. Awak ni ada sixth sense ke? Hehe.."

Huda melemparkan bantalnya kepada Hani, "Lelaki soleh jangan tolak.."

Hani tersenyum sedikit, tapi masih ada rona kerisauan di wajahnya, "Memang soleh saya tak nafikan. Tapi saya mengenangkan diri saya sendiri nih.. Baru setahun jagung je ikut tarbiyah.. Banyak benda saya belum betul-betul mujahadah nak buat.. Awak tengok pakaian saya pun tak la selabuh tudung dan baju awak tu."

Huda yang jadi over-excited dengan berita daripada kawannya itu cuba untuk merasionalkan balik dirinya, "Hmm.. Yang penting, ada usaha untuk memperbaiki diri.. Boleh saye tau tak sape? Hehe"

Hani berwajah serius berkata, "Ala awak ni.. Hmm.. Akh Syarif.. Saya pun tak sangka.. Saya rasa dia tu setaraf ngan Kak Ilyani ke, Kak Syuhada ke... atau kakak-kakak lain yang lagi bagus..."

Huda terkejut juga mendengar nama ikhwah yang merupakan salah seorang yang paling aktif dalam menjalankan usaha dakwah di kawasan tersebut. Tetapi bagi seorang sahabat, Huda berasa gembira untuk Hani, kerana andai jadi mereka berdua, moga Hani akan lebih laju dalam dakwah dan mujahadahnya.

******************************

Telah sebulan setelah berlalunya walimah antara Ukhti Hani dan Akh Syarif. Akhirnya barulah Huda menghubungi sahabat baiknya, bukannya apa, dia tidak mahu mengganggu momentum sahabatnya itu untuk menghadapi alam barunya melangkah ke tangga kedua, baitul muslim. Huda sedang membuat transaksi bank di internet apabila dia mendapat satu mesej melalu YM daripada Hani. Dia sangat gembira lalu bertanya khabar sahabatnya, Hani menceritakan keseronokannya melangkah ke baitul muslim dan terasa lebih dekat kepada Allah dan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dakwah. Huda sangat gembira mendengar perkembangan tersebut daripada sahabatnya.

*******************

Sebulan, dua bulan, tiga bulan berlalu... Huda semakin kurang kerap dapat bertemu Hani, maklumlah dulu tinggal serumah kini telah berlainan tempat tinggal. Tapi setiap kali berjumpa di kampus, Huda akan bersembang panjang dengan Hani tentang perkembangan masing-masing. Huda dapat mengamati perubahan fizikal, gaya bercakap dan sikap yang positif dalam diri Hani. Di dalam diri manusia biasa Huda juga berasa cemburu di atas perubahan Huda. Mudah-mudahan ia dapat menjadi galakan untuk memperbaiki dirinya sendiri dan berlumba-lumba ke arah kebaikan.

*****************

Sedang Huda membuat assignment, dia mendapat satu YM mesej daripada Kak Faridah mengajak dia ke rumahnya. Kak Faridah merupakan isteri kepada Akh Khairi, yang merupakan salah seorang ikhwah seangkatan Akh Syarif. Mereka merupakan pasangan yang dihormati Huda kerana berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelancaran dakwah di kawasan mereka. Huda melangkah penuh berdebar ke rumah Kak Faridah, dalam kepalanya ligat berpusing memikirkan apakah bakal dibincangkan, dipersoalkan, atau apa-apa sahaja.

"Assalamualaikum....." Huda memberi salam di luar rumah.
Kak Faridah membuka pintu sambil tersenyum, "Waalaikummussalam, masuk lah"..
Huda melihat di atas meja tamu telah terhidang kuih muih dan air teh panas. Sangatlah bersesuaian dengan perutnya yang lapar.
Tiba-tiba Akh Khairi keluar dari bilik, Huda mengawal kelaparannya, baru sahaja terfikir ingin menerkam kuih muih yang terhidang.
Mereka duduk bertiga di ruang tamu, "Kami ada perkara nak dibincangkan sedikit," Akh Khairi memulakan bicara.
Kak Faridah mengangguk-angguk.
"Ana tahu, enti merupakan akhawat penggerak kita, malah merupakan salah seorang ketua lah, ana anggap" Akh Khairi menghela nafas panjang dan menyambung kata,
"Jadi kami berdua ni duduk di kawasan lain, sukar sikit untuk selalu follow up antum di kawasan Munshah, kami di kawasan Mulban. Jadi kami memang berharap ada orang yang boleh sentiasa menjaga antum ikhwah akhawat di kawasan Munshah."
"Kalau di pihak ikhwah, ana boleh menghubungi Akh Mansur, Akh Bardan dan...erm.. dan mungkin Akh Syarif...Tapi kalau di pihak ikhwah, agak sukar untuk kami hubungi.." sambung Akh Khairi

"Err.. kenapa tak dapatkan update tentang akhawat melalui Ukhti Hani, kan dia zaujah Akh Syarif.. senang sikit nak deal..." Huda mencelah..

"Bukan begitu.. erm.. ana rasa dia tak qawie. Belum sesuai untuk menerima mas'uliyah yang berat-berat." Akh Khair menyambung.

"Tapi ana rasa, ok je Hani tu, lagipun Akh Syarif tu bagus orangnya kan, diorang boleh jadi focal person kawasan Munshah untuk ikhwah dan juga untuk akhawat.." Huda berkata dengan penuh jujur.

"Dah 3 bulan mereka berbaitul muslim, ana tak nampak sebarang perkembangan positif mereka dalam memainkan peranan menjaga ikhwah akhawat... Mungkin Akh Syarif tu tersalah pilih zaujah.." Akh Khair berkata, dan tiba-tiba terdiam. Mungkin ada sesuatu yang tidak patut terlepas dari lubuk perasaannya.

"Eh? Enta ni suka-suka hati je cakap kat orang begitu.. Apa hak enta untuk mentadhaifkan orang begitu.. Ana rasa Ukhti Hani melalui perkembangan yang sangat positif melalui perkahwinan mereka.. Dalam 3 bulan sahaja enta dah buat penilaian sebegitu, ini tidak adil.. " Huda terasa bengang, ingin sahaja dia keluarkan hadith ghibah, dan juga hadith fitnah.

"Tak pe lah Huda, akak percaya Hani akan mampu pikul tanggungjawab bila sampai masa yang sesuai.. tapi buat masa transition ni, akak rasa untuk bahagian akhawat Munshah, akak minta Huda tolong jagakan.." Kak Faridah mencelah meredahkan suasana.

Nasib baik ada Kak Faridah, kalau tidak Huda akan melancarkan peluru berpandunya kepada Akh Khairi...

***********

Huda pulang melangkah longlai, kuih yang tadi begitu menggoda kini tiada dalam seleranya. Dia sangat tidak selesa apabila satu kenyataan yang agak tidak patut dilontarkan kepada sahabatnya. Bagi Huda, Akh Khairi dan Kak Faridah sepatutnya memainkan peranan proaktif membantu pasangan baru seperti Akh Syarif dan Ukhti Hani. Mereka tidak sepatutnya berburuk sangka, apatah lagi menyebarkan pandangan negatif kepada orang lain. Dan mungkin Akh Syarif juga ada salah silapnya pada langkah pertama, tapi itu semua takdir yang Allah susun untuk mentarbiyah setiap hambanya dengan langkah yang paling unik.

****************

Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, tidak wujud situasi menceritakan sesuatu peribadi tanpa kemampuannya untuk membela diri. Dan Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, semua orang berusaha untuk membuat keputusan berdasarkan keredhaan Allah..
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, lebih banyak ruang untuk perbincangan dengan minda terbuka, tidak bias, dalam lebih realistik dalam menerima setiap situasi individu yang berbeza...
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, akan dapat terus melangkah, dan bersabar dengan setiap manusia yang berusaha untuk memperbaiki diri mereka...
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, dia dapat terus thabat sehingga ke akhir hayat...

Allahua'alam

************

No comments: