Saturday, February 27, 2010

Karamah merupakan satu kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang soleh dan juga pembantu-pembantu agamaNya.

Orang Melayu suka sangat tentang cerita karamah atau keramat yang berbentuk hissi (fizikal).
Kalau cerita pasal para Nabi pun, orang kita suka dengar cerita tentang cerita mukjizat cahaya putih keluar dari ketiak Nabi Musa, tongkat Nabi Musa, atau cerita tentang Nabi Isa lahir tanpa bapa, atau kisah kelahiran Nabi Muhammad yang mana terpadam api majusi yang beribu tahun dinyalakan, atau perjalanan Nabi terakhir itu yang dilindungi awan.

Tidak salah mengimani hal-hal ini, yang ia pun diceritakan dalam Al Quran mahupun sirah. Tetapi biasanya kita terlupa tentang karamah yang Allah beri yang bersifat maknawi.

Sedangkan karamah yang paling penting adalah yang bersifat maknawi.
Iaitu apabila Allah memberikan pertolongan, kekuatan serta peluang yang lebih besar untuk terus melakukan amal soleh dan jihad yang sedang dilakukan oleh pembantu-pembantu agama Allah. Allah membantu menyampaikan dakwahnya ke hati-hati masyarakat, Allah membantu menegakkan perkataan yang baik, Allah terus meluaskan penerimaan manusia terhadap usaha-usaha dakwah dan meramaikan lagi gerombolan manusia menerima hidayah daripadaNya.

Apatah lagi, tatkala hari dem hari, kehidupan daie disibukkan dengan urusan pekerjaan, kekeluargaan, dan hal-hal lain. Moga tidak berputus asa untuk bermujahadah bahawa pertolongan Allah itu dekat.

Marilah bersama-sama mengangkat hati-hati dan jiwa-jiwa kita ke peringkat tertinggi. Iaitu mendekatkan lagi dengan Allah s.w.t, kerana di situ punca segala kekuatan dan punca segala kemenangan kepada setiap usaha kita.

Saturday, December 27, 2008

Jatuh terlentang vs. Bom-bom Yahudi

Salam...
Pagi yang panic... Semasa umi & abati terlelap, entah macam mana Auni Insyirah yang baru pandai merangkak secara reverse terjatuh dari katil secara terlentang... Umi & abati cemas teramat terus bersiap bawa Auni Insyirah ke Hospital Putra jumpa pakar kanak-kanak. Abati dah suggest pada umi untuk terus masuk emergency, tapi kami akhirnya decide berjumpa paedatrician terlebih dahulu..
Dr Zainal (satu-satunya pakar kanak-kanak Muslim di hospital-hospital swasta yang ada di Melaka), berdialog dengan kami
"Berapa ketinggian katil?"
"Ada muntah selepas jatuh?"
"Bagaimana cara jatuh?"
"Bahagian mana yang terkena?"
Sambil Dr Zainal membelek Auni Insyirah yang menangis-nangis kerana sakit.
"Tak de pape.. tulang rusuk ok, tangan ok, kaki ok, kepala tak de bengkak"

Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah menyelamatkan anak umi dari sebarang mudharat...
Resolusi umi & abati..
We might want to dismantle our bed & sleep on matress only.. Hehe..
To find a play pan so that if Auni is needed to be left alone for a while, at least she is better secured.. Insya Allah..

Tetiba, mataku ternampak berita di bawah dari internet. Terasa alangkah beruntungnya anakku.. Sedikit terlentang, bergegas dapat berjumpa doktor pakar..
Tapi sanak saudaranya di Palestin.. dengan shortage of medicine, lack of water & electricity, lack of medical equipment.. Pelbagai lapisan umur dengan pelbagai penyakit kronik "diseksa" secara professional oleh Yahudi laknatullahi 'alaih. Yahudi menyekat sempadan.. Yahudi memusnahkan basic amenities.. Yahudi sanggup buat apa sahaja dengan harapan rakyat Palestin berpaling tadah dari kerajaan Hamas yang telah banyak mendidik rakyat Palestin untuk berjihad melawan penjajah.
Pada saat ini... telah menunjukkan bibit-bibit kekalahan Yahudi dengan mana kita melihat tiada bendera putih dikibar oleh pihak Palestin walaupun mereka dilontar dengan peluru berpandu dan pelbagai senjata canggih.
Bak firman Allah.. mereka suatu masa nanti akan kalah... Tapi... ummat ini tidak boleh berdiap diri..

Wahai muslimin muslimat seluruh dunia...
Kalau masih buta.. simbahlah wajahmu dengan air.. Moga celik dan segar akan permasalahan ummat ini..
Kalau masih pekak.. koreklah telinga yang agar kamu dapat mendengar penderitaan dan kehinaan yang musuh Islam lakukan ke atas ummat ini..
Kalau masih bisu... hulurkan lidahmu.. sekurang-kurangnya sebagai tanda mengejek kebengisan musuh-musuh Allah...
Setiap dari kita, ada peranan yang boleh dimainkan...
Jangan jadi orang yang buta, pekak dan bisu

Allahua'lam


GAZA CITY, Gaza Strip – Israeli warplanes demolished dozens of Hamas security compounds across Gaza on Saturday in unprecedented waves of simultaneous attacks, and Hamas and medics reported dozens of people were killed.
The strikes caused widespread panic and confusion as black smoke rose above Gaza. Health Ministry official Moawiya Hassanain said at least 120 people were killed and more than 250 wounded. Officials said others were still buried under the rubble.
In one of the Hamas compounds, the bodies of more than a dozen uniformed security officers were seen lying on the ground. One survivor raised his index finger in a show of Muslim faith, uttering a prayer. Among the dead was the Gaza police chief, Maj. Gen. Tawfiq Jaber, witnesses said.
Hamas leaders threatened revenge attacks, Israel told its civilians near Gaza to take cover and moderate Palestinian President Mahmoud Abbas called for restraint. Egypt opened its border with Gaza to allow ambulances to drive out some of the wounded.
Hamas officials said all of Gaza's security compounds were destroyed. Israel Army Radio said at least 40 targets were hit.
Israel's military confirmed it carried out a series of air strikes on Hamas installations but did not provide details. Israel has warned in recent days it would strike back hard against continued rocket fire from Gaza on Israeli border towns.
"We'll do what we have to do," army spokesman Avi Benayahu said.

Monday, December 15, 2008

Muhasabah Ukhuwah


Assalamualaikum warahmatullah,

Semalam ana mendapat berita daripada seorang murabbi, Ustaz Salam, tentang ibunya yang pergi menyahut seruan Ilahi. “Kullu nafsin zaa-iqatul maut” – Setiap jiwa akan merasa maut.Begitulah firman Allah di dalam Al Quran.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

************************************************************************

Ibu bapa adalah aset yang tidak terhingga yang Allah berikan kepada kita. Ada kisah seorang sahabat Rasulallah yang bertawaf sambil mengkelek (mendukung) ibunya yang sudah kurang upaya mengelilingi Ka’abah. Lalu ditanya kepada Rasulallah sama ada sudah terbayar semua jasa ibunya. Jawab Rasulallah, tidak, walaupun untuk setitik susunya. Subhanallah, begitu besar pengorbanan si ibu. Sehingga jadilah diri kita sebesar dan sesihat hari ini. Begitu juga pengorbanan ayah.


Tak tinggal jua pengorbanan suami, anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Yang tidak putus-putus menggembirakan hidup kita, memberikan sokongan sepenuhnya.. Sehingga menjadikan kita orang yang gembira seperti hari ini..


Dalam sudut yang lain dalam kehidupan kita, siapakah manusia-manusia yang pernah terlibat di dalam hidup kita sehingga kita menjadi diri kita pada hari ini. Siapa diri kita? Ada yang jurutera, ada yang doktor, ada yang melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi, ada yang akauntan, dan lain-lain.
Guru tadika kita..
Guru sekolah rendah..
Guru sekolah menengah..
Guru tuisyen..

Setiap mereka layak dihargai.. Mungkin kita dah lost contact pun dengan mereka.. Yang mungkin paling mudah yang kita boleh buat menghadiahkan sekalung doa agar mereka sentiasa memperoleh hidayah Allah dan dilimpahi rahmatNya.


*****************************************************************


Dan juga pada sudut yang lagi satu, orang-orang yang pernah menyampaikan bisikan-bisikan penuh keimanan kepada kita, orang-orang yang tidak pernah jemu menarik kita keluar dari paya jahiliyah ke dalam sungai islam yang menyucikan hidup kita.. Begitu juga orang-orang yang tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan dan terima kasih daripada diri kita melainkan mereka sendiri mengharapkan redha Allah supaya kita mendapat hidayah Allah....

Sudahkah kita menunaikan hak mereka? Dan sudahkan kita menunaikan sunnah Rasulallah dengan memberikan hadiah untuk mengerat ukhuwah, menghadiahkan kunjungan & ziarah, atau juga menghadiahkan ucapan ”aku menyayangimu kerana Allah.”

**********************************************************************

Kadangkala kesibukan dakwah menyebabkan ada di antara kita mengabaikan aspek ”hablu-minannas” (hubungan dengan manusia), dengan alasan bukan prioriti.
Ana ingin sekali menempelak orang-orang yang sebegini, yang memberi alasan sibuk dengan dakwah, sibuk dengan urusan harian, takut disoal siasat, takut dilabel, dan pelbagai alasan tidak logik yang boleh menggeletek minda kita...


*************************************************************


Ukhuwah tidak boleh dijual beli.. Ukhuwah itu tidak boleh dibuat-buat.. Ukhuwah itu bukan boleh dibina hanya dengan team-building... Dan ukhuwah itu tidak boleh di’sustain’ hanya dengan doa. Ukhuwah memerlukan usaha yang berterusan untuk menjaganya.. Ukhuwah itu tujuannya hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah..


******************************************************************

Aku bertanya diri aku sendiri sahaja.. Aku tidak bertanya orang lain.. Baguslah kalau orang lain dapat bertanya diri mereka juga...

******************************************************************



Allahua’lam

Tuesday, November 4, 2008

Hani melangkah pulang ke rumah, tidak tahu sama ada langkahnya longlai atau lonjak gembira. Dia telah mendapat satu khabar berita yang dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia bertindakbalas.

Satu sudut di hatinya berasa sangat bersyukur kepada Allah, satu sudut lagi berdegup kencang kerisauan.



"Awak sibuk ke Huda?" Hani bertanya kepada teman serumahnya sepulangnya di rumah. Dia melihat Huda meniarap sambil buku-buku bergelimpangan di sekelilingnya.

"Tengah buat assignment je.. Hehe.. Kenapa?" Huda tersengih. Hani kenal benar dengan Huda. Huda memang seorang yang periang dan selamba, dalam masa yang sama dia mampu untuk membuat pemerhatian yang tajam."Guts feeling" Hani merasakan bahawa Huda adalah orang yang paling sesuai untuk dia meluahkan isi hatinya.

"Hmm, saya baru dapat satu khabar berita dari Kak Seri..." Hani teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

"Biar saya teka, ada ikhwah "tanya" pasal awak ke?" Huda sengih semakin panjang. Dia meneka-neka kerana topik perkahwinan menjadi perbualan hangat dan lawak-lawak sampingan semasa ceramah program dakwah di kawasan mereka.

Hani mengerut dahinya, sambil bibirnya tersenyum sedikit. "Hmm.. Awak ni ada sixth sense ke? Hehe.."

Huda melemparkan bantalnya kepada Hani, "Lelaki soleh jangan tolak.."

Hani tersenyum sedikit, tapi masih ada rona kerisauan di wajahnya, "Memang soleh saya tak nafikan. Tapi saya mengenangkan diri saya sendiri nih.. Baru setahun jagung je ikut tarbiyah.. Banyak benda saya belum betul-betul mujahadah nak buat.. Awak tengok pakaian saya pun tak la selabuh tudung dan baju awak tu."

Huda yang jadi over-excited dengan berita daripada kawannya itu cuba untuk merasionalkan balik dirinya, "Hmm.. Yang penting, ada usaha untuk memperbaiki diri.. Boleh saye tau tak sape? Hehe"

Hani berwajah serius berkata, "Ala awak ni.. Hmm.. Akh Syarif.. Saya pun tak sangka.. Saya rasa dia tu setaraf ngan Kak Ilyani ke, Kak Syuhada ke... atau kakak-kakak lain yang lagi bagus..."

Huda terkejut juga mendengar nama ikhwah yang merupakan salah seorang yang paling aktif dalam menjalankan usaha dakwah di kawasan tersebut. Tetapi bagi seorang sahabat, Huda berasa gembira untuk Hani, kerana andai jadi mereka berdua, moga Hani akan lebih laju dalam dakwah dan mujahadahnya.

******************************

Telah sebulan setelah berlalunya walimah antara Ukhti Hani dan Akh Syarif. Akhirnya barulah Huda menghubungi sahabat baiknya, bukannya apa, dia tidak mahu mengganggu momentum sahabatnya itu untuk menghadapi alam barunya melangkah ke tangga kedua, baitul muslim. Huda sedang membuat transaksi bank di internet apabila dia mendapat satu mesej melalu YM daripada Hani. Dia sangat gembira lalu bertanya khabar sahabatnya, Hani menceritakan keseronokannya melangkah ke baitul muslim dan terasa lebih dekat kepada Allah dan lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dakwah. Huda sangat gembira mendengar perkembangan tersebut daripada sahabatnya.

*******************

Sebulan, dua bulan, tiga bulan berlalu... Huda semakin kurang kerap dapat bertemu Hani, maklumlah dulu tinggal serumah kini telah berlainan tempat tinggal. Tapi setiap kali berjumpa di kampus, Huda akan bersembang panjang dengan Hani tentang perkembangan masing-masing. Huda dapat mengamati perubahan fizikal, gaya bercakap dan sikap yang positif dalam diri Hani. Di dalam diri manusia biasa Huda juga berasa cemburu di atas perubahan Huda. Mudah-mudahan ia dapat menjadi galakan untuk memperbaiki dirinya sendiri dan berlumba-lumba ke arah kebaikan.

*****************

Sedang Huda membuat assignment, dia mendapat satu YM mesej daripada Kak Faridah mengajak dia ke rumahnya. Kak Faridah merupakan isteri kepada Akh Khairi, yang merupakan salah seorang ikhwah seangkatan Akh Syarif. Mereka merupakan pasangan yang dihormati Huda kerana berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kelancaran dakwah di kawasan mereka. Huda melangkah penuh berdebar ke rumah Kak Faridah, dalam kepalanya ligat berpusing memikirkan apakah bakal dibincangkan, dipersoalkan, atau apa-apa sahaja.

"Assalamualaikum....." Huda memberi salam di luar rumah.
Kak Faridah membuka pintu sambil tersenyum, "Waalaikummussalam, masuk lah"..
Huda melihat di atas meja tamu telah terhidang kuih muih dan air teh panas. Sangatlah bersesuaian dengan perutnya yang lapar.
Tiba-tiba Akh Khairi keluar dari bilik, Huda mengawal kelaparannya, baru sahaja terfikir ingin menerkam kuih muih yang terhidang.
Mereka duduk bertiga di ruang tamu, "Kami ada perkara nak dibincangkan sedikit," Akh Khairi memulakan bicara.
Kak Faridah mengangguk-angguk.
"Ana tahu, enti merupakan akhawat penggerak kita, malah merupakan salah seorang ketua lah, ana anggap" Akh Khairi menghela nafas panjang dan menyambung kata,
"Jadi kami berdua ni duduk di kawasan lain, sukar sikit untuk selalu follow up antum di kawasan Munshah, kami di kawasan Mulban. Jadi kami memang berharap ada orang yang boleh sentiasa menjaga antum ikhwah akhawat di kawasan Munshah."
"Kalau di pihak ikhwah, ana boleh menghubungi Akh Mansur, Akh Bardan dan...erm.. dan mungkin Akh Syarif...Tapi kalau di pihak ikhwah, agak sukar untuk kami hubungi.." sambung Akh Khairi

"Err.. kenapa tak dapatkan update tentang akhawat melalui Ukhti Hani, kan dia zaujah Akh Syarif.. senang sikit nak deal..." Huda mencelah..

"Bukan begitu.. erm.. ana rasa dia tak qawie. Belum sesuai untuk menerima mas'uliyah yang berat-berat." Akh Khair menyambung.

"Tapi ana rasa, ok je Hani tu, lagipun Akh Syarif tu bagus orangnya kan, diorang boleh jadi focal person kawasan Munshah untuk ikhwah dan juga untuk akhawat.." Huda berkata dengan penuh jujur.

"Dah 3 bulan mereka berbaitul muslim, ana tak nampak sebarang perkembangan positif mereka dalam memainkan peranan menjaga ikhwah akhawat... Mungkin Akh Syarif tu tersalah pilih zaujah.." Akh Khair berkata, dan tiba-tiba terdiam. Mungkin ada sesuatu yang tidak patut terlepas dari lubuk perasaannya.

"Eh? Enta ni suka-suka hati je cakap kat orang begitu.. Apa hak enta untuk mentadhaifkan orang begitu.. Ana rasa Ukhti Hani melalui perkembangan yang sangat positif melalui perkahwinan mereka.. Dalam 3 bulan sahaja enta dah buat penilaian sebegitu, ini tidak adil.. " Huda terasa bengang, ingin sahaja dia keluarkan hadith ghibah, dan juga hadith fitnah.

"Tak pe lah Huda, akak percaya Hani akan mampu pikul tanggungjawab bila sampai masa yang sesuai.. tapi buat masa transition ni, akak rasa untuk bahagian akhawat Munshah, akak minta Huda tolong jagakan.." Kak Faridah mencelah meredahkan suasana.

Nasib baik ada Kak Faridah, kalau tidak Huda akan melancarkan peluru berpandunya kepada Akh Khairi...

***********

Huda pulang melangkah longlai, kuih yang tadi begitu menggoda kini tiada dalam seleranya. Dia sangat tidak selesa apabila satu kenyataan yang agak tidak patut dilontarkan kepada sahabatnya. Bagi Huda, Akh Khairi dan Kak Faridah sepatutnya memainkan peranan proaktif membantu pasangan baru seperti Akh Syarif dan Ukhti Hani. Mereka tidak sepatutnya berburuk sangka, apatah lagi menyebarkan pandangan negatif kepada orang lain. Dan mungkin Akh Syarif juga ada salah silapnya pada langkah pertama, tapi itu semua takdir yang Allah susun untuk mentarbiyah setiap hambanya dengan langkah yang paling unik.

****************

Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, tidak wujud situasi menceritakan sesuatu peribadi tanpa kemampuannya untuk membela diri. Dan Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, semua orang berusaha untuk membuat keputusan berdasarkan keredhaan Allah..
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, lebih banyak ruang untuk perbincangan dengan minda terbuka, tidak bias, dalam lebih realistik dalam menerima setiap situasi individu yang berbeza...
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, akan dapat terus melangkah, dan bersabar dengan setiap manusia yang berusaha untuk memperbaiki diri mereka...
Huda berharap dalam dunia dakwah yang dikenalinya, dia dapat terus thabat sehingga ke akhir hayat...

Allahua'alam

************

Monday, October 27, 2008

Kurangkan sifat suka meminta

Saya pernah mendengar satu tazkirah in-formal daripada seseorang, mengenai satu sikap iaitu "suka meminta".
Ada beberapa point yang menarik yang ingin saya kongsi, terutama dalam kehidupan sebagai orang yang dilihat faham islam.
Pada pendapat saya, sekiranya kita meminta sesuatu yang yang membawa maslahah umum, adalah tidak mengapa. Tetapi sekiranya kita terlalu banyak meminta sesuatu yang berbentuk peribadi, adalah kurang elok saya kirakan. Lainlah sekiranya meminta sesuatu untuk keperluan dakwah.

Sekiranya kita berada di pihak yang meminta, ada beberapa guidelines yang saya rasakan berguna..
1. Kurangkan meminta benda-benda yang berbentuk peribadi (contoh: kita boleh beli tudung baru, baju baru, mainan anak2 yang baru, tapi perkakasan rumah kita terpaksa meminta orang lain. Benda2 yang asas kita perlu miliki terlebih dahulu agar tidak menyusahkan orang lain)
2. Intonasi meminta jangan mendesak apabila memerlukan sesuatu daripada orang, kerana sekiranya seseorang yang diminta itu tidak mampu, akan menimbulkan rasa bersalah ataupun rasa kurang senang.
3. Sekiranya meminta sesuatu yang berbentuk kuantitatif, do not state the amount, sebaliknya katakanlah "apa yang anda termampu", kerana khuatir jumlah yang diminta melebihi kemampuan seseorang (kemampuan fizikal dan batinnya).
4. Meminta dengan penuh beradab. Jangan meminta melalui orang perantaraan sebaliknya minta sendiri.

Begitu juga sekiranya kita berada di pihak yang diminta menyumbangkan sesuatu, ada juga guidelines nya..
1. Fitrah manusia, memang menyayangi barang kepunyaan sendiri. Cuba untuk berlapang dada dan fikirkan anda memberi bukan kerana orang yang meminta, tetapi kerana Allah.
2. Fikirkan apa yang Allah akan gantikan di syurga itu adalah lebih baik.
3. Beri yang terbaik yang kita miliki.
4. Kalau dalam Surah Al Baqarah, Allah sebut, jangan mengungkit pemberian kita kepada orang lain sehingga menyakiti si penerima.

Apa2 pun, dalam islam, tangan yang memberi adalah sentiasa lebih baik daripada tangan yang menerima. Konsep ini juga mengajar agar kita kurang bergantung kepada orang lain, tetapi sentiasa berusaha untuk memenuhi urusan sendiri, terutama urusan peribadi.

Isu meminta dan diminta ini kadang dapat menggambarkan adakah kita memenuhi ciri-ciri muwasafat ini:
1. BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN - apabila kita memiliki kelebihan, kita akan sentiasa dapat memberi manfaat kepada yang lebih memerlukan
2. TERSUSUN URUSAN - adakah kita menyusun urusan kita, sehingga kita kurang perlu bergantung kepada orang lain?
3. MAMPU BERDIKARI - adakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh atau sekadar mengambil jalan mudah melalui cara meminta?

Memang benar, di keliling kita terdapat ramai akhawat yang baik hati yang bersedia sepantas kilat menghulurkan bantuan. Dan memang benar, membantu saudara yang kesusahan itu adalah satu tuntutan ke atas seorang muslim. Tapi isunya, apakah sikap kita?
Sekiranya kita orang yang suka meminta: Adakah kita suka mengambil kesempatan lantaran kebaikan hati mereka, atau kita memang benar2 memerlukan?
Sekiranya kita orang yang diminta: Adakah kita sentiasa bersedia melakukan kebaikan kepada sesiapa sahaja? Adakah kita meyayangi dunia berbanding akhirat?

Kesimpulannya isu ini ada beberapa pros and cons:

Pros:
1. Melahirkan sikap ithaar/ mementingkan orang lain
2. Melahirkan sikap prihatin

Cons:
1. Kadangkala boleh jadi agak membebankan orang yang diminta tanpa diketahui
2. Menjadikan orang yang suka meminta tidak bersikap berdikari dan kurang berusaha


Allahua'lam. :-)

Friday, October 17, 2008

Qurratu A'yun

"Our Lord! Grant us spouses and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous" (Surah Al Furqan:74)
Gambar ini diambil ketika hari raya pertama, Aidilfitri baru-baru ini. Kami sekeluarga beraya di kampung di Ipoh. Abati, Insyirah dan Ummi pakat-pakat pakai baju warna biru muda. Insyirah dengan aman damainya tidur semasa beraya di rumah saudara sebelah Abati. Insyirah buat "kuih" dalam nappies dia, sampai terkena skirt raya. Terpaksa la Ummi mencuci baju di rumah orang di pagi-pagi raya begitu. Gambar di atas muka Insyirah kelegaan (tinggal t-shirt ngan nappies aje), tertidur kat pangkuan Abati. Sampai Abati tak sempat nak makan pun.. Hehe..

Smooth Rough Stride

This is a hijrah from "Conteng". And my new blog named "Smooth Rough Stride".
Why did I move from Conteng to here?
Alhamdulillah, all praises be to Allah. Lord of The Magnificent Throne, Lord of the Universe. The One whose my life & death in His hand.

1. As a paradigm shift.
2. Allah creates human life to be stage-by-stage. Conteng was mostly about during my studentlife. I will still make Conteng open for public, if there is any articles in the archives found beneficial.
3. Smooth Rough Stride - referring to Surah Al Insyirah, there are always interchangeable difficulty and comfy provided by Allah throughout this life. Hence, I would like to share not only the happy-being of my life, but also the rough stride of it.
4. Every entry would mark a milestone of my life. As our memory capacity limits, I believe in to safe-keep in the "sky" (imagine data packets being transferred across the air).
5. Experience is a tough teacher. She gives us the test first, then only the lesson :-) So I would like to record every engagement with this "tough teacher"